Monday, 30 December 2013

AturanNya

Hidup ini tak seindah yang disangka..
Tak semudah yang diduga..
Peritnya kadang tak terjangka..
Apa saja yang tiba..
Jangan pernah buruk sangka..
Sebab semua Allah punya rencana..
Dia berhak tentukanNya..
Kita hamba berdoa saja semampunya..
Agar kita mampu hadapinya..
Apa pun kita harus percaya..
Ada hikmah disebaliknya..
Perancangan Allah jualah yang sebaik-baiknya.


*credit : ustaz don

Thursday, 26 December 2013

Before...

Before you speak...listen
Before you write...think
Before you quit...try
Before you die...give
Before you complain...say Alhamdulillah


Monday, 23 December 2013

Sama

Ku gemar melihat wajah sendiri apabila rindu,
Ku gemar tersenyum sendirian di hadapan cermin apabila teringat kan mu,
Ku gemar melakukan ini semua kerana...

Wajah kita dan senyuman kita sama walaupun tidak serupa. 

NHAR :)


Wednesday, 18 December 2013

YNWA

        Ramai orang bertanya kepada aku,apa itu YNWA?? Bagi kaki bola,majoriti memang tahu akan maksudnya.Tapi,ada jugak segelintir yang suka memutar belitkan maksud sebenarnya.
        YNWA cukup sinonim dengan sebuah kelab bola di england dan merupakan trademark mereka sejak 1892.Kelab tersebut dikenali sebagai Liverpool atau The Reds.Sejarah penubuhan dan seangkatan dengannya kalau nak tahu lebih lanjut,tanya lah encik google ye,ambe malas nak menaip panjang-panjang,hehehe.Ok,berbalik kepada maksud perkataan tu,ianya membawa maksud "You'll Never Walk Alone".
        Bukan nak bangga sangat lah dengan Liverpool ni tapi dunia pun leh nampak sendiri akan kehebatan dan sejarahnya terutama dari segi penyokong.Penyokong The Reds ni memang setia jika dibandingkan dengan kelab-kelab bola yang lain.Tidak kira sama ada kelab kesayangan diorang ni kalah ke,seri ke,menang ke..mereka semua sentiasa ada bersama,sentiasa menyokong dari belakang dan sentiasa bergerak kehadapan bersama tanpa jemu menanti walaupun lebih 20 tahun tanpa gelaran juara liga inggeris.
        Di situ la perbezaan paling ketara antara penyokong Liverpool dengan kelab yang lain.Mereka cukup-cukup setia dan aku berbangga menjadi salah seorang penyokong tegar The Reds.Bagi lalang-lalang, baca dah fahami la quote dari pengasas Liverpool di bawah ni..YNWA.


"If you can't support us when we lose or draw, don't support us when we win."  -Bill Shankly-



p/s : orang cakap kalu nak cari jodoh..cari penyokong Liverpool,sebab diorang ni setia..hahaha

DIRI INI...

Diri Ini...
Diciptakan oleh Allah Yang Esa,
Dihidupkan di bumi yang fana,
Dijaga melalui ibu bapa,
Dan dicorakkan oleh mereka.

Diri Ini...
Disayangi walau diselit dengan karenah,
Dididik tanpa kenal lelah,
Dikorbankan apa sahaja
Demi seorang yang bernama anak.

Diri Ini...
Kadangkala suka meminta,
Kadangkala tidak pernah cukup dengan apa yang dirasa,
Kadangkala lupa apa yang mereka telah korbankan,
Kadangkala lupa akan hala tujuan.

Diri Ini...
Berkembang seiring masa,
Berkembang seiring usia,
Berkembang seiring pengalaman,
Berkembang menjadi insan yang lebih jati dirinya,
Berkembang dan akan berkembang hingga ke akhir usia.

Kerana Diri Ini...

Sentiasa dibimbing,
Sentiasa disokong,
Sentiasa didoakan,
Oleh segenap makhluk yang mengenali
DIRI INI...