Wednesday, 18 December 2013

DIRI INI...

Diri Ini...
Diciptakan oleh Allah Yang Esa,
Dihidupkan di bumi yang fana,
Dijaga melalui ibu bapa,
Dan dicorakkan oleh mereka.

Diri Ini...
Disayangi walau diselit dengan karenah,
Dididik tanpa kenal lelah,
Dikorbankan apa sahaja
Demi seorang yang bernama anak.

Diri Ini...
Kadangkala suka meminta,
Kadangkala tidak pernah cukup dengan apa yang dirasa,
Kadangkala lupa apa yang mereka telah korbankan,
Kadangkala lupa akan hala tujuan.

Diri Ini...
Berkembang seiring masa,
Berkembang seiring usia,
Berkembang seiring pengalaman,
Berkembang menjadi insan yang lebih jati dirinya,
Berkembang dan akan berkembang hingga ke akhir usia.

Kerana Diri Ini...

Sentiasa dibimbing,
Sentiasa disokong,
Sentiasa didoakan,
Oleh segenap makhluk yang mengenali
DIRI INI...

No comments:

Post a Comment